Voices Of My Heart
Tuesday, 12 May 2020
Life With A Sprained Ankle
Monday, 16 March 2020
The Date I'll Never Forget!
Sunday, 28 May 2017
Miss The Old Days...
Monday, 6 February 2017
Sakit itu Kafarah Dosa..
Monday, 23 January 2017
Sakit Melanda...
Kadang2 kita tak jangka bila nak jatuh sakit tiba2 kan. Rasanya dah hampir seminggu badan aku ni tak sihat & this is affecting my mood. I think I'm going down with a cold. Sekarang ni selsema alhamdulilah dah ok tapi datang pula sakit tekak dengan batuk yang semakin menjadi-jadi. Tidur pun tak lena. Mungkin sebab dah lama aku tak demam kot. Ataupun dah berat sangat dosa aku ni huhhh. Aku anggap ini ujian dari Nya. Harap2 esok dah okey. Insyaalah dgn izin Allah...
Thursday, 26 November 2015
Sakit Mata...
Alhamdulillah, mata aku dah semakin pulih. Da kurang bengkak. Rasa pedih dan silau pun da berkurang. Mata pun semakin terang. Dan rasanya, mata aku tak kabur lagi. Tuhan saja yg tahu betapa sakitnya aku time tu disbbkn infective keratitis. Sampai nak buka mata pun tk mampu & tk bleh kena cahaya. But anyway, aku still kuat! Hehe. So dah sihat dah. Thank you Allah... :D
Sunday, 27 September 2015
I Am Thankful...
I have noticed several times in my own life that when things are not going right and I am thankful instead of being negative, the situation transforms itself. Even when things don't go the way I thought they would, I try to look at the bright side of the situation. It may not happen according to what I think but I'm sure it will turn out well...
Friday, 10 July 2015
Hidup Adalah Anugerah...
Hari jadi aku sudah pun berlalu beberapa minit yg lalu. Pada tahun ini, aku memang mendapat pelbagai “unpredictable” ujian dan dugaan. Namun aku tetap bersyukur. Untuk tahun ini, kegembiraan aku pada tanggal 9/7 lebih kepada muhasabah diri.
Aku lebih terfikir keperitan mak melahirkan aku. Hakikatnya, pada tarikh hari ulang tahun kelahiran ku, suatu masa dahulu mak aku sedang bergelut dan menahan kesakitan melahirkan diri ku. Mengimbau saat2 lampau mak melahirkan diri aku pada tanggal 9/7, hati mula menjadi sayu dan sedih. Aku sangat berterima kasih pada mak di atas pengorbanannya melahirkan aku. Aku mengucapkan terima kasih pada mak kerana melahirkan aku. Pengorbanan mak tak mungkin dapat ku balas. Hati aku sangat tersentuh pada waktu ini. Sedih!!...
Semakin hari, usia kita semakin berkurang. Sesuatu yang berlalu tak akan pernah kembali lagi. Semuanya hanya akan menjadi sebuah cerita dan sejarah dan ianya akan terpahat sebagai satu memori dalam setiap diri. Manusia tidak pernah tahu apa yang akan terjadi di esok hari. Untuk itu, sebagai hamba Allah, aku sentiasa bersyukur dan berdoa agar Allah memberi aku kekuatan untuk menjalani kehidupan di hari2 mendatang...
Untuk hari lahir aku pada tahun 2015 ini, aku mengharapkan segala doa aku dimakbulkan Allah. Semoga Allah berikan aku hidayah dalam mengharungi kehidupan dunia dan akhirat. Amin...
Monday, 1 June 2015
Jika Ini Ketentuan Nya...
Jika ini ketentuan Nya, apa lagi yang harus aku sesali. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Redhakah aku? Mana mungkin untuk aku redha bila hati bagai disiat2. Bila hati bagai tidak ikhlas untuk menerima segalanya. Bila kesedihan membuak2 menyentap seluruh isi diri. Merenggut seluruh semangat untuk terus berdiri.
Pun begitu, alhamdullillah dengan secebis iman yang masih bersisa setelah aku hamburkan segala tangisan dan airmata, kekuatan itu muncul semula untuk aku terus redha menerima ketentuanNya. Pasrah dan berserah atas segala ujian dan dugaan ini. Sesungguhnya Kun Fayakun itu milikNya...
Wednesday, 13 May 2015
Hingga Ke Saat Ini...
Letih mahu menghadapi mereka. Hingga ke saat ini, aku masih ingat dengan jelas suara yang menghina dan menengking ku. Masih jelas diingatan. Masih terbayang2 di mata. Aku benar2 tidak dapat menerima apa juga tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Memang sukar akal ku nak terima kata2 itu. Aku tidak mungkin melupakan. Sungguh sangat terluka diperlakukan begitu. Rasa sakit itu ibarat sebuah luka dalam yang tak tahu bila akan terobati. Kata maaf tak mampu untuk mengurai hati yang terluka.
Bukan berdendam, tapi aku dah penat. Aku tak pandai berdendam, yang aku tahu cuma memendam. Bukannya aku membenci. Tapi ku rasa berjauh hati. Adakalanya hati kita terlalu lembut. Marah bagaimana pun kita tidak tahu untuk membenci. Kita tidak mampu membalas seperti mana yang dilakukannya pada kita. Kelebihan itu juga satu kekurangan. Aku tahu aku bukanlah yang terbaik tetapi aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Tetapi segala pengorbanan ku itu adakah dihargai dan di ucapkan dengan ucapan terima kasih? Aku cuma mahu dihargai setiap perkara yg aku lakukan bukan aku minta balasan, cukup sekadar menghargai pun, aku dah cukup berterimakasih...
Macam2 yang berlaku sejak akhir2 ini. Jiwa tertekan. Sehinggakan aku rasa aku perlu menjauhkan diri dari semua. Beralah tak semestinya aku kalah. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang penting aku kena redha dengan segala-galanya. Aku tidak pernah menyesal tetapi aku hanya sedih. Ya Allah, tabahkanlah hati aku ni...
Friday, 24 April 2015
I Can't Sleep. Worry Too Much...
Having surgery today in the afternoon. Can't sleep. I'm scheduled for a plantar fascia topaz surgery. I will be doing my left foot first. As for my right foot for time being, it will be eswt and prp injection. I am really nervous & I'm crazy scared. I have no idea about what kind of pain to expect afterwards. I'm going to be totally off of my left foot for at least 1month+...
The truth is, I had been suffering from foot pain for 2 years (but it is still manageable) until about 3 months ago, I realised it was pf. The pain getting worse and worse and it progressed to a point were I couldn't walk around longer than 20-30 min. I was in some serious pain and it's affecting my back as well. I had to do something and decided to have the pf surgery. I know that it's time for me to have this surgery done...
I know it's normal to be nervous the night before surgery but I kind of feel like a big baby. I pray everything goes well and smoothly during the surgery. I just hope it was all worth it in the end...
Saturday, 4 April 2015
Bila Kebosanan Melanda...
Kebosanan melanda diriku. kebosanan aku rasanya sampai tahap infinity. Tak tau nak buat apa. Tengok tv pun rasa bosan. Nak buat kerja rumah pun takde mood. Nak keluar jadi malas sebab kaki sakit. Well, itu salah satu menambah boring aku ni sebab aku tak boleh berjalan banyak. Hmm...ujian Allah. Tatkala kebosanan melanda, ni la yang aku buat, tidur, makan, online, tu je la aktiviti aku sepanjang hari. Pemalas kan aku? Haha... Lantak laa, mmg malas pun...=p
Friday, 3 April 2015
My Decision Is Final...
Friday, 27 March 2015
Menunggu Dan Menunggu...
Wednesday, 25 March 2015
Masa Kecil2 Dulu...
Friday, 20 March 2015
I Care Too Much...
Wednesday, 18 March 2015
Insomnia...
Saturday, 14 March 2015
The Know It All...
At times, people seem to believe that they stepped straight out of a superhero comic book. They believe that they know everything very well. Dealing with people who think they know everything can be rather irritating...
I admit arrogant personalities are perhaps the most difficult types of people for me to deal with. My tolerance level for people is very high. I can deal with almost any personality but this personality drives me crazy! I now have learned just to walk away from these types of people & it's better to just shrug it off rather than confront them...
The Truth is nobody knows EVERYTHING!
Monday, 9 March 2015
Kalau Lah...
Kalau lah boleh putarkan balik masa, kan best. Nak jadi budak kecik balik. Yang hanya fikir keseronokan je. Takde satu masalah pun dalam kepala. Sekarang ni bila dah dewasa, banyak sangat benda nak pikir...
Tapi nak buat macam mana, dah ni hakikatnya. Nak tak nak kena lah hadapi. Makin dewasa, makin banyak cabaran dalam hidup. Sanggup atau tak, kena jugak laluinya. Sebenarnya, cabaran tu lah yang mendewasakan aku. Cara aku berfikir, cara aku bertindak...
Aku perlu terima sebab tu dah memang lumrah hidup. Aku percaya setiap benda yang menimpa diri, ada hikmah disebaliknya. Aku harus kuat dan percayakan diri yang aku boleh tempuh semuanya. Tak susah nak susah, tak senang nak senang...
-
Having surgery today in the afternoon. Can't sleep. I'm scheduled for a plantar fascia topaz surgery. I will be doing my left foot f...
-
~ I miss the old times (▰˘︹˘▰) I miss the old ways. Those good old days are gone. Good memories just seem to fade away...
-
I have to deal with negative people at some point in my lives. Encounters with such people are stressful and emotionally draining and most o...
-
Sometimes, I hate caring too much. Yes, hate. Sometimes we just care too much but the other just don’t see it. At times I go to the extra l...
-
Bila mimpi pelik2 mula la aku fikir yg bukan2, ada org cakap jgn percaya, ada org cakap tu signal something yg kita perlu beringat. Wallahu...
-
Letih mahu menghadapi mereka. Hingga ke saat ini, aku masih ingat dengan jelas suara yang menghina dan menengking ku. Masih jelas diingatan....
-
Sejak kebekangan ni, aku kerap sakit je...grrrrr! Kesihatan tak berapa baik sekarang. Sakit berterusan. Ada yang tanya kenapa asyik tak siha...
-
At times, people seem to believe that they stepped straight out of a superhero comic book. They believe that they know everything very well....
-
I just feel like writing and pouring my heart out here about what I feel, how's my day going and everything, so that I would feel calm l...