Letih mahu menghadapi mereka. Hingga ke saat ini, aku masih ingat dengan jelas suara yang menghina dan menengking ku. Masih jelas diingatan. Masih terbayang2 di mata. Aku benar2 tidak dapat menerima apa juga tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Memang sukar akal ku nak terima kata2 itu. Aku tidak mungkin melupakan. Sungguh sangat terluka diperlakukan begitu. Rasa sakit itu ibarat sebuah luka dalam yang tak tahu bila akan terobati. Kata maaf tak mampu untuk mengurai hati yang terluka.
Bukan berdendam, tapi aku dah penat. Aku tak pandai berdendam, yang aku tahu cuma memendam. Bukannya aku membenci. Tapi ku rasa berjauh hati. Adakalanya hati kita terlalu lembut. Marah bagaimana pun kita tidak tahu untuk membenci. Kita tidak mampu membalas seperti mana yang dilakukannya pada kita. Kelebihan itu juga satu kekurangan. Aku tahu aku bukanlah yang terbaik tetapi aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Tetapi segala pengorbanan ku itu adakah dihargai dan di ucapkan dengan ucapan terima kasih? Aku cuma mahu dihargai setiap perkara yg aku lakukan bukan aku minta balasan, cukup sekadar menghargai pun, aku dah cukup berterimakasih...
Macam2 yang berlaku sejak akhir2 ini. Jiwa tertekan. Sehinggakan aku rasa aku perlu menjauhkan diri dari semua. Beralah tak semestinya aku kalah. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang penting aku kena redha dengan segala-galanya. Aku tidak pernah menyesal tetapi aku hanya sedih. Ya Allah, tabahkanlah hati aku ni...