Friday, 10 July 2015

Hidup Adalah Anugerah...

Hari jadi aku sudah pun berlalu beberapa minit yg lalu. Pada tahun ini, aku memang mendapat pelbagai “unpredictable” ujian dan dugaan. Namun aku tetap bersyukur. Untuk tahun ini, kegembiraan aku pada tanggal 9/7 lebih kepada muhasabah diri.

Aku lebih terfikir keperitan mak melahirkan aku. Hakikatnya, pada tarikh hari ulang tahun kelahiran ku, suatu masa dahulu mak aku sedang bergelut dan menahan kesakitan melahirkan diri ku. Mengimbau saat2 lampau mak melahirkan diri aku pada tanggal 9/7, hati mula menjadi sayu dan sedih. Aku sangat berterima kasih pada mak di atas pengorbanannya melahirkan aku.  Aku mengucapkan terima kasih pada mak kerana melahirkan aku. Pengorbanan mak tak mungkin dapat ku balas. Hati aku sangat tersentuh pada waktu ini. Sedih!!...

Semakin hari, usia kita semakin berkurang. Sesuatu yang berlalu tak akan pernah kembali lagi. Semuanya hanya akan menjadi sebuah cerita dan sejarah dan ianya akan terpahat sebagai satu memori dalam  setiap diri. Manusia tidak pernah tahu apa yang akan terjadi di esok hari. Untuk itu, sebagai hamba Allah, aku sentiasa bersyukur dan berdoa agar Allah memberi aku kekuatan untuk menjalani kehidupan di hari2 mendatang...

Untuk hari lahir aku pada tahun 2015 ini, aku mengharapkan segala doa aku dimakbulkan Allah. Semoga Allah berikan aku hidayah dalam mengharungi kehidupan  dunia dan akhirat. Amin...